Nughull’s Weblog

Sesuatu Yg Hilang

Posted by: nughull on: August 29, 2008

KALAU perangai tu senonoh tak apa jugak.. ini serupa dengan pelesit kampung

dusun. Pelesit kampung pun lagi baik dari dia.

Agaknya kalau hidup tu tak menyusahkan orang tak boleh agaknya!

 

“Dia datang.. jeng jeng jeng! Dengan lenggang lenggoknya.. dia datang..

jeng jeng jeng!”

Suara anak-anak katak diiringi dentingan gitar buruk di simpang ke rumah nenek sudah kedengaran.

“Piah.. okey tak rambut aku?” soal Mastura sambil membetulkan rambutnya

yang

sengaja dilepaskan. “Okey..” jawabku slow.

“Piah.. baju aku? Okey tak? Sepit aku senget tak?” soalnya lagi.

“Eh.. engkau nie nak mengorat Tom Cruise ke? Kalau setakat budak tak reti

bahasa tu tak payah beriya!” ujarku boring. Mastura Cuma tersenyum. Lipstik

merah jambunya menyerlahkan lagi kulitnya yang putih kuning. Hmm.. ni satu

lagi yang sengaja nak menaikkan darah aku. Apa la yang digilakan sangat

budak bawak tong buruk tu? Dah la kerja malas.. melepak siang malam jadi

penunggu simpang. Simpang nak ke bandar ini dah jadi rumahtangga dia orang.

Apa taknya.. pagi petang siang malam.. tak ada muka lain! Melepak, melepak

dan melepak! “Assalamualaikum Piah.. baru balik dating yek?” Aku Cuma

menjeling mendengar usikan itu.

“Sombong betul cucu Tok Su ni! Tak kenal sedara agaknya!”

“Entah.. mentang-mentanglah dapat masuk U.. sombong..” sampuk Usin Bangat.

“Piah.. cunlah kawan kau nie.. tengok macam ni la bagus.. senyum mesra..

hi,

apa khabar?” Mastura tersengih macam dapat hadiah bila pemuda berambut

lurus

separas dagu itu menegurnya. Amboi.. gatalnya.. dengan pantas aku mengheret

lengan Mastura. Malas aku nak layan sekumpulan kambing gurun yang sedang

menyembek sana sini tu. Namun sepantas itu juga perjalananku disekat. Zul

Cuma senyum, menyerlahkan lesung pipit di pipi kirinya.

“Piah..”

“Apa?” soalku meninggi. Menyampahnya nak tengok muka tenuk sekor ni..

“Jangan sombong sangat.. berdosa, tau? Kau pun bukan lawa sangat..” Seraya

itu aku ditertawakan sepuas hati oleh dia dan rakan-rakannya. Aku Cuma

mampu

menjeling, menjeling dan menjeling. Celaka punya budak! Dengan pantas aku

menyeret Mastura pergi.

“Kau ni Piah.. kenapa la buat orang macam tu? Tak baik tau..”

“Ahh.. aku tau la kau suka kat Zul tu.. ” sindirku sambil berjalan laju.

Lalang-lalang di kiri kanan jalan meliuk lintuk dipuput angin petang.

Bumbung rumah tua kelihatan dari jauh.

Kelihatan nenek sedang mengutip terung telunjuk di

tepi dapur yang lebat

berbuah.

“Nek..” kami tersenyum menyapa nenek.

“Mak kamu baru aje telefon.. takut kamu tak sampai lagi..” Mastura senyum.

“Mak tu memang macam tu nek.. kalau Mas balik ke Melaka pun macam tu..

belum

bergerak lagi bas dah telefon atuk kat sana..” jawab Mastura sambil

tergelak

kecil. “Hmm.. nanti kecil hati pulak atuk Mas kat Melaka sana Mas asyik

balik sini aje..” ujar nenek.

“Ala tak apa nek.. lagipun Mas suka balik sini.. ada nenek, ada atuk.. ada

Piah..” Eleh.. aku menjeling. Yang sebenarnya motif utama dia semakin

kerap

ke sini kerana si budak tak cukup akal tu! Pantang cuti mesti dia akan

balik

ke sini.

“Piah.. Piah… kenapa kau tak beritahu aku kat kampung nie ada pak we

hensem?”

“eh… kan ke kau kata kampung nie mundur.. tak moden macam kampung atuk

kau

kat Melaka sana?” sindirku. Dulu kalau nak tengok dia jejak ke sini bukan

main liat. Tak ada Astro la.. tak ada NTV7 la.. line handset tak dapatlah..

banyak nyamuklah..

Mastura tersengih sambil mengeluarkan dua helai pakaiannya dari dalam beg.

“Kau kenal tak budak tu Piah?” soalnya sambil meniarap di atas katil kayu.

“Yang mana satu? Yang hitam macam orang minyak ke.. yang tinggi macam

hantu

galah tu?” soalku acuh tak acuh.

“Ala.. yang paling hensem tu.. yang ikat rambut tu tadi… ala… “

“Yang ada lesung pipit tu? Yang mata dia coklat tu?”

“Err… kan yang muka panjang-panjang sikit tu..”

“yang ada mata dua.. hidung satu..”

“Piah!” Mastura memetik jari di hadapanku. Aku tersedar.

“Ada apa?” soalku.

“Cepat siap.. kita nak pergi kenduri. Nenek suruh siap..” Amboi.. kena

pergi

kenduri pulak.. Dengan malas aku memanjat tangga naik ke atas.

 

KALAU tidak kerana pujukan Mastura dan syarahan percuma dari nenek tadi

mati

hidup balik aku tak akan pergi ke rumahnya!

Sengaja aku memaksa diri senyum dan memaniskan muka bila bersua dengan

ibunya. Dan dia mengambil kesempatan tersengih macam kerang busuk di

sebelah

Mak Lijah sewaktu mereka bersalaman.

“Lama ke cuti Piah?” soal Mak Lijah.

“Lama jugak mak cik.. dalam sebulan ada kot…”

jawabku

sopan.

“Baru habis periksa..” sampuk nenek.

“Yang ini cucu Mak Su jugak ke?” soal Mak Lijah bila melihat Mastura yang

sedang bermain mata dengan anak bujangnya.

“Hmm.. anaknya si Hasan.. salam dengan mak cik,” Mastura dengan pantas

menghulur tangan. Emmm… meluatnya aku.. tanpa menanti aku segera

melarikan diri ke dapur. Tolong apa-apa yang patut. Lagipun malas aku nak

menatap wajah orang yang amat-amat aku tak suka. Biarlah si Mastura yang

melayan mamat tak betul tu. Lagipun bukan Mastura seorang yang sukakan dia.

Dulu Maizatul anak penghulu kampung sebelah sampai putus tunang gara-gara

terlalu sukakan Zul. Kalau aku nak bawa balik kawan-kawan kena pikir dua

kali dulu. Dulu sekali musim buah tahun lepas aku bawa balik room-mates

seramai 3 orang.. tiga-tiga gila bayang bila terserempak dengan hantu tu

waktu kami mengutip durian di kebun. Sekarang ni sepupu aku pulak minat

bagai nak gila kat dia. Kalau setakat minat tu tak apalah.. ni menyusahkan

aku. Setiap kali balik mengirim salam berdozen-dozen.. tak sampaikan nanti

berdosa pulak.. tapi aku lebih rela pulang balik salam dia orang tu

daripada aku bercakap dengan si Zul tu. Dah tu aku pulak kena interview

macam-macam.

Kadang-kadang aku terfikir sendiri. Apa istimewa sangat Zul tu? Nak kata

hensem.. ya Allah.. selekehh.. dengan Tshirt gambar hantu depan belakang..

jeans koyak rabak.. rambut panjang.. belum tengok kapcai dia lagi.. dah tak

macam rupa motosikal.. penuh dengan steaker tah apa-apa.. bunyi motornya

tu

mengalahkan ekzos kapal terbang bunyinya.. satu kampung boleh terjaga kalau

dia bawak motor malam-malam. Tapi satu saja sifat baik yang aku nampak..

dia

menjaga mak dan ayahnya.

Dalam erti kata lain di samping menghabiskan beras mak bapak dia seorang

saja yang sanggup tinggal di kampung ini walaupun ada degree dari UTM

lagi..

hemm.. jangan main-main.. kutu lepak pon ada degree sekarang ni! “Piah!”

Opocot mak kau! Zul tertawa melekek. Baru aku sedar rupa-rupanya tinggal

kami berdua saja di luar rumah. Mana pergi mak cik lagi dua orang yang

sama-sama membasuh pinggan kotor tadi? Dah lesap? Ceh.. mengelat! Zul

menghulur pinggan yang masih kotor kepadaku. Eeii.. menyampahnya aku..

dengan penuh rasa tak ikhlas aku menyambut. Dia pula segera duduk

mencangkung di depanku untuk membilas pinggan yang sudah disabun.

“Sudi jugak datang rumah saya ye..”

“Excuse me.. bukan rumah awak, rumah mak dan ayah awak..”

“Rumah saya la jugak..” Zul menggeleng kepala.

“Kenapa awak tak pernah senyum bila nampak saya?”

“Saja.. suka!”

“Saya banyak dosa dengan awak ke?”

“Boleh tak jangan ganggu saya? Bosanlah.. sejak awak duduk kat kampung nie

dah dua tahun dah.. asyik muka awak jer.. siang malam pagi petang.. “

ujarku akhirnya. Zul tersenyum.

“Intan apa khabar sekarang ni?” soalnya membuatkan aku menjeling tajam.

“Kenapa awak nak tanya pasal dia lagi? Kan dah tercapai maksud hati awak

tu?”

“Saya tak buat apa-apa pun.. dah dia yang minat kat saya nak buat

macammana?”

“Eh tupai, kalau awak Cuma nak main-mainkan dia buat

apa awak balas cinta dia?” Tanpa lengah aku bangun dan

meninggalkannya seorang di situ. Menyampah betul. Sejak dia kembali semula

ke kampung selepas tamat pengajian hidupku betul-betul sengsara. Kalau

boleh

lari aku memang ingin lari tapi ke mana lagi tempat hendak kutuju? Rumah

Pak Long? Belum lagi panas punggung sudah berdentum dentam dengar sindiran

dari Mak Long. Ke banglo besar Pak Usu di Kajang? Serupa duduk dalam gua.

Pak Usu dan Mak Usu sama saja sibuknya. Sekejap ke Paris, sekejap ke

Tokyo..

nak balik melawat nenek dan atuk setahun sekali pun payah. Seingatku kali

terakhir Pak Usu balik 10 bulan yang lalu. Itu pun semalaman saja. Kalau

nenek dan atuk rindu sangat pada cucunya Amirul itu mereka saja yang ke

sana. Atau paling tidak driver pak usu akan hantar Amirul ke kampung. Ke

rumah Mastura di Ampang? Tak sempat meneguk air dah ditanya pasal tanah dan

rumah peninggalan arwah ayah. Sejak arwah ayah dan mak pergi 10 tahun yang

lalu memang Pak Ngah selalu meninjau-ninjau jumlah aset yang arwah

tinggalkan. Entahlah.. tak faham juga dengan perangai Pak Ngah yang

sentiasa

tak cukup-cukup harta. Lalu, kemana lagi harus kutuju kalau bukan rumah

atuk dan nenek? Sudah ditakdirkan aku menjadi yatim piatu sejak kecil.

Mujurlah Pak Usu banyak membantu dari segi kewangan. Mak usu juga selalu

mengambil berat sehingga aku lebih popular dengan panggilan ‘lombong emas’

dikalangan sepupu-sepupu. “Piah.. kau tak dengar ke apa aku cakap ni?” Aku

mengeluh bosan.

“Mas.. kau nie tak reti mengantuk ke.. dah pukul

berapa ni.. aku nak tidur tau..” keluhku sambil

memeluk bantal. Dari tadi sampai

la sekarang sudah pukul 2.00 pagi asyik paksa aku

mendengar luahan hatinya pada si Zul tu. Sejak balik

dari kenduri tadi

macam orang dilamun cinta. Sikit-sikit Zul..

sikit-sikit nama malaun tu..

“Kau ni kenapa? Kau jealous ye aku suka kat Zul tu?”

“What?” Aku bingkas bangun dan merenung Mastura. “Habis tu kenapa bila aku

cakap-cakap pasal Zul kau angin semacam?”

“Sebab aku tak nak kau jadi mangsa dia!” Mastura sengih.

“Mangsa?”

“Sudahlah Mas.. yang penting sekarang nie kau lupakanlah hasrat nak bersama

dia.. sebelum kau kecewa..” aku bangun dan membawa bantalku keluar dari

bilik. Biarlah dia tidur sorang-sorang.. mujur-mujur Zul boleh menemaninya

di dalam mimpi! Aku menolak daun pintu bilik sebelah. Entah kenapa

saat-saat

begini mata enggan pula terkatup. Semuanya gara-gara si Zul.

Seingatku Zul dan keluarganya berpindah ke kampung ini 12 tahun yang lalu,

selepas bapanya bersara. Aku tak kenal sangat dengan keluarganya.. Cuma

nenek kata kalau ada kena mengena pun ayahnya dua pupu dengan atuk. Zul

Cuma

sempat bersekolah di kampung sampai tingkatan tiga sahaja.

Selepas itu dia ke MRSM Beseri, Perlis. Zul taklah

sehandsome mana

pada pandanganku. Tapi mungkin kerana dia memiliki

sepasang senyuman menawan dan renungan menggoda bak

kata

Mastura tadi, membuatkan ramai gadis

tergila-gilakannya, termasuk kawan baikku Intan. Aku tak tahu apa salah

aku.

Setahuku aku Cuma memperkenalkan Intan dengan Zul, itupun setelah tiga hari

tiga malam Intan membodek aku mengirim surat untuk Zul.

Tak sangka pula Intan tak bertepuk sebelah tangan. Legalah aku.. tak payah

jadi orang tengah lama-lama. aku ingat setelah tiga tahun berkawan akan

kekal bahagia.. tetapi tiba-tiba saja Zul memutuskan hubungan. Dan yang

peliknya sejak itu Intan menjauhkan diri dari aku. Putusnya cinta dia dan

Zul turut memusnahkan persahabatan kami. Paling sadis Intan ditendang

keluar

kerana tak cukup kredit tahun pertama di USM. Sejak hari itu hinggalah

sekarang aku gagal mengesan Intan. Dan semenjak itu aku cukup benci melihat

Zul. Menyesal aku jadi orang tengah. Hari ini.. sepupu aku ni pulak

terhegeh-hegeh nak bercinta dengan si malaun tu. Cukuplah sekali aku putus

sahabat kerana seorang lelaki, jangan pula selepas ini aku putus saudara

kerana si Zul tu.

PANAS terik yang membakar tubuh membuatkan kulitku terasa garing seperti

tepung goreng pisang digoreng minyak penuh.

Peluh dah meleleh seluruh tubuh.. menyesal pulak pakai T Shirt hitam. Motor

buruk atuk yang hidup segan mati tak mahu kupandu berhati-hati. Bimbang

berulang peristiwa beberapa tahun dahulu, seminggu aku di hospital

gara-gara

tertekan gear, melambung macam superman dalam ladang getah. Kalau ikutkan

hati malu betul nak bawak motor atuk yang layak masuk muzium ni. Kalau

bunyinya okey tak apa jugak.. ni bunyi dia serupa bunyi kambing batuk.

Putputputprenggg.. putputputprengggg.. muka aku ni pasti naik tebal seinci

enam depa bila masuk ke jalan besar. Pasti kenderaan-kenderaan lain memberi

penghormatan bila motor antik atuk ini kubawa menuju ke kedai. Geram juga

rasa hati bila Mastura tertawa terkekeh sebaik saja aku menyetart motor.

Pandai dia.. mentang-mentanglah tak tahu bawak motor.. senang-senang

suggest nama aku kat nenek suruh pergi kedai. Nenek pun satu.. macam tak

paham perasaan aku saat atuk menghulurkan kunci motornya tadi.

Padahal yang nak makan buah melaka tu si Mastura, bukan aku. Tapi biasalah,

bila barang dapur habis aje aku jugak jadi mangsa.. bila cucu-cucu dia yang

lain balik nak mencekik apa-apa.. aku jugak.. takkan nak suruh atuk pergi

pulak.. kalau sejam pegi sejam balik sah! Bukan tak tahu atuk.. berjiwa

penyayang. Semut pun tak sampai hati nak langgar. Tak taulah sama ada dia

sayangkan motornya atau semut tu.. tapi yang pasti memang tension kalau

suruh atuk ke kedai. Bukan jauh mana pun.. kalau jalan kaki tak sampai 15

minit.

Udara panas membahang tanpa sebarang sumber penyejuk seperti angin

seumpamanya membuatkan mukaku merah terbakar. Motor atuk yang kejap-kejap

batuk semput mentensionkan aku. Yang pasti aku akan lebih tension bila

sudah

kelihatan dua tiga ekor jerangkung dan pocong sedang bermain gitar di

hujung

simpang sana. Isshhh..

kenapalah kalau dalam

sehari tak bertemu tak sah agaknya!

“Sepiah.. malam ini ku takkan pulang.. tak usah kau mencari aku.. dengan

motor atukmu.. kahkahkahkah..” Shit! Aku menjeling geram. Sengaja aku

memulas minyak kuat-kuat supaya boleh memecut laju tapi aku ni memang

mangsa

dugaan. Tiba-tiba saja motor atuk semput dan mati, betul-betul di hadapan

budak-budak itu.

“Apa ketawa-ketawa?” soalku bengang campur malu.

Ishhh… bodoh punya motor! Aku cuba menyetartnya lagi

tapi Cuma

batuk-batuk kecil saja kedengaran. Zul dan

kawan-kawannya sudah berguling-guling ketawa. Celaka punya budak! Tanpa

lengah aku menongkat motor di situ.

“Piah..! Piah ooii.. takkan nak jalan kaki kot.. motor ni apa hal?” teriak

Zul dengan tawa yang masih bersisa. Peduli apa aku! Tapi tiba-tiba aku

terasa semacam. Eh.. kenapa tiba-tiba kaki sebelah kiri kosong jer.. aku

paling ke belakang. Cis!! Selipar jepun putus pulak!!! Zul

tersenyum-senyum

dan menghampiriku dengan motor brutalnya.

“Awak nak pegi mana? Biar saya hantar,” dia menawarkan khidmat.

“Hantar saya ke lubang kubur, boleh?” soalku geram. “Piah.. kalau nak mati

pun janganlah cakap kuat-kuat.. suara awak tak sedap..”

“Suka hati saya lah nak cakap kuat ke slow ke.. ” Aku menjawab dan berjalan

pantas. Zul masih mengekoriku dengan motornya.

Alamak.. sabar ajelah.. dah la panas terik. Selipar jepun plak putus..

memang black Sunday betul! “Piah.. cik Sepiah Abdullah! Janganlah macam

tu.. buruk awak marah..” Dia ni memang nak kena! “Piah.. Piah..! awak

ingat kita ni suka ke awak buat macam ni?”

“Huyyoo.. marahnya.. macam harimau.. jap lagi keluarlah belang-belang kat

badan..”

“Boleh tolong diam tak?” soalku sambil berhenti di tepi jalan untuk

melintas.

“Apasal dalam banyak-banyak nama, nama Sepiah hinggap kat awak?”

“Sibuk kenapa?” aku menjeling tajam dan berlari anak meninggalkannya di

situ. Sakit jiwa raga. Sibuk jer..

kalau tak menyakat

orang tak sah.

Aku masuk ke dalam kedai runcit. Pehh.. lega.. nasib baik ada kipas angin.

Kak Melah tokei kedai sedang sibuk berdengkur.

Kak Melah ni.. kalau la aku ni jahat aku curi je barang-barang dia ni.

“Akak!” Kak Melah terjaga. Aku tersengih.

“Tidur ye.. nanti Piah curi barang-barang ni..” usikku lantas ke belakang.

“Curi je la Piah.. tuhan nampak..” balas kak Melah sambil menguap panjang.

Boleh tahan buruknya muka kak Melah bila tak tutup mulut. Mau dua tiga ekor

lalat tersalah haluan. “Akak tolong bungkuskan kacang hijau, kasi sekilo,”

pintaku dan mencapai tepung pulut yang nenek pesan. Selesai membayar aku

kembali berjalan kaki. Nasib baik cuaca sudah redup tapi sakit hati aku tak

kian surut bila jejaka bertshirt tanpa lengan dan memakai jeans sekerat

lutut itu masih setia menanti di seberang jalan.

“Awak ni tak ada kerja lain ke? Kalau sehari tak ganggu hidup saya boleh

tak?” pintaku dan terus berjalan. Kaki ayam pun kaki ayamlah!

“Piah.. mari la saya hantar awak balik, tak terbakar ke kaki awak tak ada

selipar sebelah tu?” soalnya. “Biar terbakar kat kaki tak apa.. jangan

terbakar kat hati..”

“Piah.. kenapa ni? Awak marahkan saya lagi ke pasal Intan tu?”

“Jangan nak babitkan saya dengan Intan lagi.. saya tak ada kena mengena

dengan awak mahupun Intan,” Zul Cuma tersenyum serupa seperti seekor

cipanzi

sedang tersenyum ayu. “Awak ni tak faham bahasa melayu ke? Kalau atuk dan

nenek saya nampak awak mengekor saya ni apa kata dia org. Dah la bunyi

motor

tu macam gendang cina..”

“Ehh Piah.. jangan hina motor saya nie.. dah berpuluh-puluh awek menenggek

atas motor saya ni..” “Perempuan tak ada mata je suka kat awak, sudahlah!

Jangan ikut saya lagi!” Aku keresahan bila bumbung

rumah sudah

kelihatan. Zul senyum lagi.

“Piah.. kirim salam kat sepupu kau tu ye?”

“Cakap sendiri! Tak kuasa nak layan!”

 

 

“PIAH!! Piah tolonglah! Kali ni je..” Mastura

merayu-rayu. Aku dah agak dah!

“Mas.. aku kalau hal lain aku boleh tolong.. tapi bab menipu nie sorry..”

“Piahhhh!!! Tolonglah!!! Aku janji kejap jer,” dia menarik2 tanganku. Eii..

lemasnya! Mastura dah merengek-rengek macam budak kecil.

“Aku janji dengan dia pukul 8.00 ni kat simpang.. tolonglah!!” pintanya

sambil resah menjeling jam yang sudah menunjukkan pukul 7.50 malam.

“Mas.. kau nak keluar tengok wayang dengan mamat tu keluarlah.. tapi

tolonglah jangan melibatkan aku..”

pintaku sambil

melipat telekung.

“Piah tolonglah.. kali ni je.. pleassee…” aku

mengeluh

lemah.

“Kejap je! Dan kali ini je.. lain kali kau tanggung sendiri, okey?” Mastura

melompat girang.

“Thanks Piah.. sayang Piah!” Dia memelukku erat.

LAWAK Yassin dalam Lagi-lagi Senario langsung tak menarik minat. Kalau tak

kerana si Mastura tak kuasa aku nak keluar malam-malam macam ni. Si Mastura

bestlah, dah jumpa jejaka idaman semua lupa. Sudahlah aku yang terpaksa

mereka cerita menipu atuk dan nenek, aku pulak rupanya kena tipu. Dia kata

si malaun tu yang ajak keluar, tapi dalam perjalanan tadi dia kata

sebenarnya dia yang ajak Zul keluar. Hampeh betul!! Itu yang membuatkan

aku

tak berselera nak ketawa tengok Senario. Dah tu biasalah.. si Zul bila

keluar ke bandar.. (aku pun tak tahu apa yang special sangat dia ni) macam

artis orang tengok dia. Tadi sampai ada sorang awek tu terlanggar tiang

kerana asyik sangat melihat si Zul. Pelik aku..

“Piah.. makanlah.. kenapa tak makan?” tegur Zul melihat aku Cuma merenung

saja nasi ayam goreng di hadapan mata.

“Iyelah.. makanlah Piah..”

“Aku risau ni… dah pukul 11.00 bila nak balik ni?” soalku.

“Ala kau nie.. tu pun risau.. releks la..” Mastura menjeling.

“Kalau kau tak nak balik tak pe.. aku balik dulu!” Aku bingkas bangun.

Lantaklah.. bengang juga aku dengan si Mastura. Tadi janji akan balik

sebelum pukul 10.30.. ini dah pukul berapa?

“Piah! Piah!” Mastura menghadang perjalananku. “Kasi chance la kat aku

Piah..” ujarnya sambil mengerling ke arah Zul yang sedang membayar harga

makanan.

“Kita janji tadi macammana? Sorry la Mas, lepas ni kau jangan haraplah aku

nak tolong kau lagi..”

“Ala Piah..” Mas menarik muka masam.

“Okey.. jom kita balik..”

“Zul kata tadi nak bawak kita orang tengok live band..”

“Ehh.. dah pukul berapa dah ni.. nanti atuk dan nenek awak risau kat

rumah..” Aiikk… alim la pulak mamat ni.. Zul sudahpun menuju ke Satria

warna hijau tua. Ceh.. nak dating punya pasal sanggup sewa kereta…

“Err.. aku nak pergi toilet kejap..” Mastura berlari-lari anak meninggalkan

kami berdua. Suasana agak sepi. Yang kedengaran cumalah lagu Sephia

nyanyian

Sheila On 7 di Radio Era.

“Piah.. cantik awak malam ni..” puji Zul tiba-tiba. “Terima kasih.. baru

perasan ke?” soalku selamba membuatkan Zul tertawa.

“Tapi Piah.. lebih cantik kalau awak tutup rambut awak tu. Pahala pun

dapat..” Cis!! Aku hanya melihat dia tersenyum.

“Awak dah ada boyfriend Piah?”

“Kenapa awak nak tahu?”

“Saja.. ambil berat.. “

“Belum lagi, terima kasih kerana bertanya,” “Belajar dulu Piah.. jangan

bercinta lagi.. awak muda lagi.. baru 23 tahun.. banyak lagi benda yang

awak

belum rasa..” Wah.. ajaibnya.. seorang kutu lepak sedang memberi ceramah

motivasi kat aku!

“Awak sibuk nasihat saya.. awak tu.. kenapa awak biar aje degree awak tu

berhabuk kat rumah..” aku menyindir balik.

“Awak jangan ingat saya melepak saya tak ada duit… nanti awak terkejut

kalau saya meminang awak nanti..” Zul tertawa kecil.

Eleh, macamlah aku nak terima. Makan pakai pun mak bapak tanggung ada hati

nak pinang orang.. “Okey.. jom!” Mas tiba-tiba muncul dan masuk ke dalam

perut kereta. Seketika Satria itu memecut laju menghala ke kampung…

“BUDAK tak ada maruah!” Pangg!!! Aku terasa mataku berpinar. Mujur ada

nenek

sempat menyambut tubuhku yang melayang.

Mastura sudah pucat lesi ketakutan di sudut ruang tamu.

“Hasan! Kalau iye pun kenapa kau pukul cucu aku ni?” soal nenek geram. Aku

terasa airmataku sudah luruh membasahi pipi.

Seumur hidup tak pernah lagi kena jentik walaupun sekali.

“Mak asyik nak menangkan si Piah ni.. sekarang ni takkan mak dan ayah tak

sedar lagi.. ” Pak Ngah mengepal penumbuknya.

“Piah.. kenapa Piah buat macam ni? Kenapa Piah tipu nenek?” Aku pandang

Mastura yang diam tak berkata-kata.

“Ini semua salah cucu kesayangan mak ni.. walaupun Mas ni tinggal di KL

tapi

dia tak pernah keluar malam. Jauh sekali menipu saya..” Apa? Aku memandang

wajah nenek. “Nek.. sebenarnya Piah tak salah nek..” ujarku membela diri.

“Mas! Cakap kat abah.. siapa yang ajar Mas keluar balik lewat malam ni? Tau

tak kelam kabut abah balik dari Ampang tadi.. ?”

Mastura memandangku lama.

“Cakap!”

“Piah bah..” jawabnya perlahan. Apa?

“Piah yang pujuk Mas pergi tengok wayang di bandar.. dengan kawan dia..”

Aku rasa macam nak koyak-koyak aje mulut si Mastura. Sampai hati kau

khianati aku..

“Mak dengar tak tu? Dia beritahu mak nak pergi kenduri rumah kawan dia..

rupa-rupanya menjual maruah kat bandar tu, ” “Pak Ngah! Sampai hati pak

ngah

kata Piah macam tu..” “Dasar anak pungut!”

“Hasan.. baik kau keluar dari rumah aku ni..” atuk yang dari tadi membisu

mula bersuara.

“Aku tahu cucu yang aku jaga dari kecil lagi. Aku yang mengasuhnya. Aku

tahu

dia tak bersalah..” atuk merenung Pak Ngah tajam.

“Ayah dan mak sama saja.. Mas! Kemas kain baju kau, kita balik malam ni

juga!” Pak Ngah meluru turun dari rumah. Mak Ngah serta anak-anaknya yang

lain ikut turun. Mas menyelinap masuk ke bilik dan keluar tergesa-gesa bila

hon kereta ayahnya berbunyi berkali-kali. Nenek mengusap kepalaku perlahan.

 

“Sudah tu.. pergi masuk tidur..”

 

ANGIN tengah hari bertiup agak kuat sehingga putik-putik mangga telur yang

lebat di ranting berguguran ke halaman. Aku menongkat dagu melihat segenap

penjuru rumah tua itu. Bunga-bunga kertas berwarna warni memeriahkan rumah

yang kian usang itu. Tiba-tiba saja hatiku sayu. Bagaimana kalau atuk dan

nenek sudah tiada di dunia ini nanti? Pada siapa aku hendak mengadu?

Tragedi

malam tadi masih terbayang-bayang di ruang mata. Sampai hati Mastura

memperalatkan aku. Sanggup dia berbohong semata-mata untuk melepaskan diri

sendiri. Sepatutnya yang kena penampar semalam dia, bukan aku! Kalau dia

yang tak merayu-rayu macam orang gila talak semalam mati hidup balik aku

tak

akan keluar. Semuanya kerana Zul.. ya.. kerana dia! Kalau kereta dia tak

rosak sampai pukul 4.00 pagi semalam kami balik ke rumah tentu semua ini

tak

terjadi. Semua ini salah Zul! Sampai hati Pak Ngah tuduh aku macam tu.. dia

tak tahu ke hukumnya menganiaya anak yatim? Harap kopiah jer siang malam

atas kepala. Tergamak dia kata aku anak pungut? Tapi.. betul ke aku nie

bukan darah daging mereka? Kalau diperhatikan ada logiknya. Kenapa semua

sepupu-sepupu aku tak sama macam aku. Kadang-kadang aku terfikir juga,

betul

ke aku ni anak mak dan ayah? Kalau ikutkan dulu seingat aku mak dan ayah

berkulit hitam manis. Macammana pulak aku boleh jadi putih kemerahan? Gen

sebelah siapa? Phin! Phin! Aku tersedar dari lamunan. Eh.. siapa pulak

yang

datang. Dari jauh aku melihat seorang pemuda mengikat key di kepala sedang

menunggang sebuah motor buruk. Ehh.. biar betul.. “Hi Piah..” Zul senyum

sebaik saja berhenti di hadapanku. Hmm.. aku ingat dia dah arwahkan motor

buruk atuk aku ni.. tapi.. bunyi dia dah tak macam kambing batuk lagi..

dah

macho sikit bunyinya. Hari tu masa atuk tanya ke mana motornya aku katakan

saja motor itu aku sedekahkan pada penunggu simpang.

“Saya dah betulkan motor atuk awak ni.. lepas ni awak nak bawak 160 pun tak

per.. ” Zul senyum lagi, mungkin bengang dengan sikap acuh tak acuh aku.

“Piah.. kenapa ni?” soalnya dan duduk di sisiku. “Pergilah awak!”

tengkingku kuat. Tak semena-mena air mata tiba-tiba saja turun laju.

“Eh Piah.. kenapa ni? Piah.. ” Zul terkejut.

“Piah.. janganlah menangis.. kenapa ni?” pujuknya lembut.

“Kalau awak tak menyusahkan saya tak boleh ke? Awak dah banyak susahkan

saya

tau.. sebab awaklah saya ni selalu jadi mangsa..” Aku mengesat air mata

yang

semakin galak turun. Biarlah dia nak cakap apa pun cakaplah. “Piah, saya

dah tahu apa yang terjadi malam tadi. Atuk awak ada datang ke rumah saya

malam tadi. Tak sangka pulak dah heboh satu kampung pasal hal malam tadi.

Kalau saya puncanya saya minta maaf. Saya dah explain kat atuk awak masa

kat

surau Subuh tadi,” Apa? Aku memandang Zul lama. “Saya tak tahu apa maksud

sebenar Mastura. Pada saya dia kata awak yang nak tengok wayang dengan

saya.

Bila dah jadi macam nie. .. saya rasa bersalah pulak..” Aku mengesat pipi

bila tangisan mula reda.

“Dah la.. saya nak naik atas.. ” Aku melangkah bangun tapi tiba-tiba

lenganku dipaut.

“Piah.. saya nak cakap sikit dengan awak..” pintanya. “Apa dia? Kalau iye

pun tak payahlah pegang tangan saya..”

“Saya nak berkawan dengan awak..”

“Apa? Emm… lain kalilah.. ” aku terus mendaki anak tangga meninggalkannya

sendirian di situ. Di kamar aku mula mengemas pakaian yang bergantungan di

dalam almari. Minggu depan semester keempat akan dibuka. Tapi aku bercadang

nak balik esok. Ada bebarapa perkara aku kena selesaikan sebelum hari

registration.

“Piah.. ” nenek yang baru lepas solat menjengah ke bilikku.

“Nek, Piah nak balik ke kolej esok, ada hal sikit..” ujarku.

“Kan cuti ada lagi?” soal nenek terkejut. Aku tidak menyahut dan terus

memasukkan pakaian ke dalam beg. “Piah.. janganlah ambil hati pasal hal

semalam. Nenek tahu Piah tak salah..” nenek mengusap bahuku. “Piah tak

ambil hati nek.. lagipun Piah tahu kedudukan Piah ni.. Cuma Piah nak nenek

berterus terang, betul ke Piah ni anak angkat?”

“Piah percaya cakap pak ngah tu?” soal nenek. Aku Cuma tersenyum.

“Entah, Cuma nenek dan atuk saja yang tahu,” jawapanku itu membuatkan nenek

keresahan.

“PIAH!!” Aku menoleh ke belakang. Alamak.. macammana pulak aku boleh

terserempak dengan mamat nie kat KL ni? Aku cepat-cepat berpaling dan

berjalan laju.

“Piah! Tunggu dulu..” Zul termengah-mengah mengejarku.

“Eh.. apa awak buat kat sini?” soalku.

“Ada urusan sikit.. awalnya awak balik?” soalnya melihat aku menggalas beg

pakaian.

“Jom ikut saya, nanti saya hantar awak ke UPM,” dia menawarkan khidmat.

“Tak payah terima kasih banyak.. saya boleh naik bas,”

“Piah.. awak tak nak jumpa Intan ke?” apa? Aku memandang Zul lama. Zul

senyum dan mengambil beg pakaian di tanganku.

“Jom, ikut saya,” Aku mengangkat bahu dan mengekorinya ke kereta. Amboi..

Satria lagi!

“Banyak duit awak sewa kereta?” Zul Cuma tersenyum dan memecut menuju ke

arah Ampang. Tiba di sebuah kedai kereta dia berhenti di situ. Setelah

bercakap-cakap dengan seorang lelaki dia kembali ke kereta.

“Jom, kita tukar kereta,”

“Eh.. awak ni biar betul.. jangan-jangan awak nie join sindiket kereta curi

tak?” soalku was was. Zul Cuma tertawa.

“Ehh.. tolong sikit.. curi-curi tak main la.. jom!”

Kami menuju ke sebuah Proton GTi yang masih bau kedai.

“Zul.. awak jangan main-main.. awak ada duit ke tidak nak sewa kereta ni?”

soalku.

“Apa la awak ni Piah.. ingat saya ni cikai sangat ke?

Awak selalu kata saya tak de keje kan? Ni la hasil

saya melepak kat

kampung selama ni..” Zul senyum lagi.

“Baik awak cakap betul-betul..”

“Saya join business jual kereta nie.. tapi saya nie jadi sleeping patner

aje

la.. bagi modal..” Zul senyum lagi lalu membukakan pintu kereta. Aku masuk

walaupun masih blur. “Lain kali jangan judge orang melalui pakaiannya

aje..

awak tau tak kenapa saya tak kerja? Pasal saya sayangkan rambut saya ni..

kalau kerja kena kerat.. ishh.. tak nak saya..” ujarnya.

“Habis tu.. penat ajelah awak belajar dulu..” “Piah.. tak semestinya kita

menggenggam sesuatu tu kita tak boleh buat job lain.. okey?” zul senyum dan

membelok ke kiri. Tiba di sebuah restoran dia memberhentikan kereta.

“Jom, kita jumpa Intan,” tanpa banyak soal aku

menurut. Kami memesan makanan sementara Zul

mengeluarkan beberapa biji

pil dari poket seluarnya.

“Apa tu?” soalku.

“Estacy..” Zul senyum dan menelan pil berwarna merah jambu itu.

“Awak jangan..”

“Awak nie selalu buruk sangka kat saya la..” Aku mengangkat kening.

Perangai

tak pernah serius.. bagaimana aku nak percaya? Pandangan kulontar keluar.

Hari ini hari Khamis, dah cuaca tidak begitu terik. Aku mengelamun.

Sebenarnya aku ingin terus ke Ampang. Aku ingin bersemuka dengan Mastura,

pak ngah dan juga mak ngah. Aku tahu sejak gagal membolot harta arwah ayah

pak ngah memang tidak menyenangiku. Apatah lagi pak usu yang jutawan itu

menjaga kebajikan aku sepenuhnya.

Tapi sejak terpaculnya perkataan anak pungut tempohari aku nekad. Andai

kebenaran itu Cuma pak ngah saja yang boleh menghuraikannya, aku rela

biarpun dimaki hamun terlebih dahulu.

“Piah… jomlah kita blah.. Intan tak jadi datang..”

Aku

renung Zul lama.

“Sebenarnya bukan nak jumpa Intan kan? Awak tipu saya ye?” Zul senyum.

“Sebenarnya dah lama saya nak jumpa dan makan berdua macam ni dengan awak,

tapi awak tak pernah kasi chance..” Zul mengaku akhirnya.

“Saya tak suka awak tipu saya tau.. sama macam awak tipu

perempuan-perempuan

yang pernah awak dampingi..” Aku bangun dan meninggalkan meja makan itu.

Zul

Cuma mengekori dari belakang.

“Sorry okey? Sekarang awak nak ke mana?”

“Saya nak ke Ampang, rumah Mastura,”

“Emm.. saya hantarkan okey?” Zul memecut laju menuju

ke ampang. Terbayang-bayang wajah Mastura yang bersih

itu. Sampai

hati kau kenakan aku!

“Piah??” Mas terkejut beruk bila aku menjelma di hadapan pintu.

“Zul??” Sekali lagi Mas dalam kejutan bila melihat jejaka di sebelahku. Aku

senyum sambil membuka kasut. “Maghrib-maghrib tengok tv Mas.. tak

sembahyang ke?” perliku.

“Siapa tu Mas?” suara garau kedengaran. Seketika kemudian pak ngah muncul

dari dalam.

“Berani kau datang sini bawak jantan ye?” sergah pak ngah.

“Apa pak ngah cakap ni? Piah tak faham..”

“Ohh… jantan inilah yang kau jumpa malam tu ye? Kerana jantan ini la kau

ajar anak aku keluar malam?” Zul memandangku lama, turut tertanya-tanya apa

yang pak ngah maksudkan. “Pak Ngah.. Piah datang nie nak jelaskan hal yang

sebenar..”

“Sudah! Jangan kau nak memburukkan anak aku pulak, ” “Baiklah.. kalau macam

tu anggapan pak ngah Piah terima walaupun Piah tak bersalah.. tapi Piah nak

pak ngah jelaskan pada Piah.. kenapa pak ngah kata Piah anak pungut?”

soalku

menahan gelora di hati.

“Errr.. Piah.. saya keluar dulu ye..” Zul tiba-tiba bersuara.

“Eh kalau kau nak pergi, kau bawak budak ni sekali, aku tak akan izinkan

dia

menginap di rumah aku ni,” herdik pak ngah kuat.

“Kau nak tahu sangat keturunan kau? Kau tu Cuma anak angkat, sebab tu harta

peninggalan arwah abang aku tak layak kau dapat, faham? Sudah pergi dari

sini!” Ya Tuhan.. aku tidak sedar bila aku keluar dari rumah itu. Yang aku

tahu aku sudah menangis di bahu Zul di dalam kereta. Kenapa setelah 23

tahun

baru rahsia ini kuketahui.

“Piah.. sabarlah.. Piah percaya apa yang pak ngah cakap tu?” soalnya

lembut.

Aku mengangkat bahu. Kusut fikiran aku dengan apa yang terjadi.

“Tapi kenapa dalam surat beranak tertulis nama mak, nama ayah.. tapi kalau

benar Piah ni anak kandung mak, masakan pak ngah cakap macam tu..” Aku

mengerut kening. Ehh.. sedapnye aku lepak lelama atas bahu dia! Aku segera

mengalih kepala.

“Sorry..” pintaku sambil mengesat pipi yang hampir kering.

“Awak nak balik juga ke malam ni?” soalku. Zul angguk.

“Awak nak kemana ni? Biar saya hantarkan,” Aku berfikir sejenak. Kemana

lagi

aku nak pergi? “Awak turunkanlah saya kat mana-mana lrt.. pandailah saya

nak hidup,” ujarku.

“Piah.. apa kata kita balik ke kampung saja.. saya risau tengok awak ni..

balik pada nenek dan atuk awak, tanya mereka betul-betul..” aku merenung

Zul. Untuk pertama kalinya aku melihat satu reaksi matang dalam matanya.

“Saya tahu dan faham perasaan awak Piah, tapi kita kena bertindak

rasional..

jangan mudah patah semangat.. kita balik okey?” pujuknya membuatkan aku

mengangguk lembut. “Zul, saya nak tanya awak sikit.. “

“Tanyalah.. banyak pun boleh..”

“Kenapa awak putuskan hubungan dengan Intan?” Zul senyum.

“Piah.. sebenarnya saya Cuma menganggap Intan sebagai kawan saja.. saya tak

pernah memutuskan persahabatan Cuma Intan yang menyepikan diri setelah..”

Zul menelan air liur sambil menjeling kepadaku.

“Setelah apa?” soalku.

“Setelah dia tahu siapa yang berada di hati saya sebenarnya..” Aku senyum

sinis. Kalau dah dasar romeo..

“Awak tak nak tanya siapa orangnya Piah?” Aku menggeleng.

“Saya dah muak dengan sifat awak ni Zul.. bertukar perempuan macam pakai

baju..”

“Sekali lagi pembetulan.. saya tak pernah mempermainkan perempuan.. jauh

sekali mengejar mereka.. Cuma seorang saja yang saya kejar tak

dapat-dapat..” Zul tenang memandu.

“I never get the chance to tell you something,” “Chance? Awak nak cakap

apa?”

“Saya dah lama admire kat awak,” Mak!!!! Aku toleh muka ke arah lain. Tak

sanggup nak bertentang mata dengannya buat masa ini.

“Awak nampak tak gunung tu? Karang saya sumpah awak jadi kabel elektrik

macam kat gunung tu baru awak tau..”

“Piah.. pandanglah saya Piah..” pintanya.

“Tak kuasalah!”

“Piah… ini permintaan terakhir.. tolong pandang saya..”

“Cakap macam esok dah tak boleh jumpa..” “Entahlah Piah.. dah

bertahun-tahun

saya simpan perasaan ni baru sekarang dapat peluang. Kalau saya layan

kawan-kawan awak yang nak berkenalan dengan saya tu semata-mata kerana awak

Piah..”

“Piah.. awak ambil ni,” Zul menghulurkan sesuatu.

“Apa nie? Handset?” soalku sambil menyambut. “Piah.. kalau awak rasa hati

awak terbuka untuk saya, awak call saya.. please.. saya dah setkan contact

no.

saya kat dalam

phone tu.. ” ujarnya. Aku tersenyum.

“Apasal awak ni? Awak memang dah plan ke semua ni?” soalku.

“Entahlah Piah.. saya macam dapat rasa apa yang saya plan hari ni menjadi..

memang saya wish sangat jumpa awak hari ni.. bawa awak makan.. kasi

handphone ni kat awak..” Dia merenungku lama.

“Zul.. awak nie kalau driving tu pandang la depan jangan pandang muka saya

ni..” aku memberi amaran.

Tiba-tiba dari hadapan

kelihatan sebuah traler sedang memotong.

“Zul!!” Satria GTi yang sedang laju tidak dapat dikawal. Stering bergegar

dan melanggar divider sebelum berpusing dan terseret ke hadapan.

“Piah terjun Piah!” Jerit Zul. Aku panik. Tiba-tiba aku terasa terhenyak

bila bumbung kereta tiba-tiba kemik. Aku rasa pandanganku kian kabur. Yang

sempat aku capai cumalah jemari Zul yang kian kemas memegang tanganku….

Nama Piah bukan Sepiah seperti dalam surat beranak tu. Itu nama anak mak

yang meninggal dunia selepas seminggu dilahirkan. Nama Piah yang sebenar

ialah Serina bt Abdullah. Nama mak Piah Suhana Ishak. Bukan Mazidah Wahab

nama mak. Mak tak tahu kenapa dia tinggalkan Piah di belakang kereta ayah

sewaktu ayah menjemput mak di hospital. Nasib baik ayah sempat brek bila

mengundur kereta. Kalau tak pasti mak juga akan kehilangan Piah. Mulanya

memang mak nak laporkan pada polis tapi mak sayangkan Piah. Lalu mak

palsukan Piah. Mak bakar surat beranak Piah yang sebenar. Mak memang tak

mahu Piah tahu rahsia ni. Tapi mak dan ayah Cuma sempat besarkan Piah

selama

lima tahun sahaja. Selepas itu mak dan ayah terlibat dalam kemalangan dan

membawa bersama rahsia itu. Cuma pada nenek dan pak ngah mak sempat

ceritakan hal sebenar sebab mak bimbang masa depan Piah. Mak tahu Piah anak

yang baik. Walaupun Piah bukan darah daging mak tapi mak gembira adanya mak

dan bapa mertua yang ambil berat diri anak mak sorang ni. Mak lega kerana

adik ipar mak sanggup membantu menjaga kebajikan Piah. Tapi.. Piah jangan

lemah semangat dengan dugaan ini. Mak tak mahu Piah menyusuli mak dan ayah

di sini. Piah masih muda, kalau boleh Piah carilah ibu kandung Piah. Memang

sukar setelah 23 tahun terpisah tapi mak amat yakin Piah akan bertemu

dengan

dia suatu hari nanti. Tapi Piah kena kuat.. Piah jangan cepat mengalah..

“Mak.. kenapa baru sekarang mak beritahu semua ni?” soalku dengan linangan

air mata.

“Piah..” wajah emak tadi kian lesap dan hilang entah kemana bila suara itu

menjamah telingaku.

“Piah…” aku buka mata perlahan-lahan. Seorang doktor sedang tersenyum

kepadaku. Kemudian beralih pula pada nenek, atuk, pak su, mak su yang duduk

di sisi katil.

“Syukurlah Piah dah sedar…” nenek mengesat airmata yang menitis. Pipiku

dicium bertalu-talu.

“Kenapa dengan Piah nek?”

“Piah accident, dah seminggu Piah koma tau..” jelas pak usu tenang. Aku

meraba kepala yang berbungkus. Baru terasa berdenyutnya. Sakit. Kemudian

aku terasa ngilu di bahagian dada. Ada jahitan panjang yang masih belum

sembuh dan berselirat benangnya. Terasa pedih bila aku menarik nafas.

Doktor

itu terusan memeriksaku. Tiba-tiba aku terpandang sesuatu di sisiku.

“Handphone?” soalku sambil menyentuh handset nokia 3250 yang masih elok

itu.

Cuma di bahagian hujungnya kelihatan tercalar sedikit.

“Telefon tu dalam genggaman Piah masa kejadian tu..” “Nampaknya dia dah

okey.. jantungnya juga berdenyut normal.. err.. saya rasa janganlah ganggu

dia sebab dia masih belum betul-betul sembuh..” pesan doktor itu sebelum

keluar dari bilik.

“Nek… janganlah menangis.. kan Piah selamat ni..” pujukku bila nenek tak

henti-henti mengesat air matanya.

“Nenek takut Piah pergi dulu dari nenek..” ujar nenek menahan sebak.

“Dah la tu mak.. Piah.. Pak usu balik dulu.. nenek ni dah berapa hari tak

tidur risaukan Piah.. nanti esok kami datang lagi okey?”

Pak usu mengucup dahiku sebelum memapah nenek keluar. Aku merenung siling.

Aku koma? Masih terasa darah menyimbah dari kepalaku. Seraya itu juga Zul

memelukku erat daripada ditusuk bumbung kereta yang remuk. Selebihnya..

Trit!! Tritt!

Handset itu tiba-tiba berbunyi.

“Hello.. Piah?”

“Zul.. awak di mana ni?” soalku lemah. Lagipun tak boleh cakap kuat-kuat..

rasa macam kena curah cuka luka-luka jahitan di dada.

“Awak okey Piah? Sorryla.. saya bersalah pada awak..”

“Awak macammana?” soalku.

“Saya selamat.. Piah.. maafkan saya ye?”

“Tidak selagi awak tak datang ke sini tunjukkan muka..”

“Piah..” suara Zul terputus di situ. Aku mengeluh lemah. Aku cuba sabaarkan

hati menanti telefon itu berdering lagi. Public phone mana yang dia guna

tu?

Tak sampai seminit dah menelan duit. Macammana keadaan dia? Aku Cuma

mengeluh dan kembali cuba melelapkan mata…

Denyut pedih luka terasa bila hari semakin lewat malam. Sengsaranya

terlantar begini. Doktor berkata aku antara insan bertuah kerana terselamat

dalam nahas yang paling ngeri. Doktor sendiri tak dapat membayangkan

bagaimana aku masih boleh diselamatkan sedangkan Satria itu tersadai di

bawah traler. hampir 8 jam pihak bomba berusaha mengeluarkan aku dan Zul

sehingga kemalangan itu menjadi berita utama di dada akhbar. Sengsaranya

menanti hari-hari untuk sembuh. Diam tak diam sudah hampir dua bulan aku

di

sini. Tapi Zul tidak juga muncul-muncul. Cuma seminggu sekali dia akan

menelefon. Itu pun tak lama. Yang pasti setiap hari Jumaat selepas jam 12

malam dia akan menelefonku. Bila kutanya kenapa Cuma hari Jumaat, katanya

dia akan bersolat hajat, tahajjud dan sunat untuk mendoakan

kesejahteraanku.

Nasib Zul lagi baik, dia Cuma seminggu sahaja di hospital. Selepas itu dia

sudah berada di rumah.

“Betul awak tak luka parah?”

“Ehh.. tengok oranglah.. saya kan hero.. tapi Piah.. saya tak tahu

macammana keadaan awak. Saya tahu-tahu saja awak dah ditransfer ke Pantai,

kalau tak saya boleh lawat awak hari-hari kat sini..”

“Tak apa.. awak telefon saya pun dah cukup.. mujur juga awak sempat kasi

handset kat saya hari tu kan?” “Simpanlah buat kenangan.. “

“Piah.. jantung awak okey?”

“Alhamdulillah.. agaknya nasib anak yatim ni memang Allah permudahkan Zul..

nenek cerita ada besi tajam menikam saya, mujurlah ada penderma yang

bermurah hati memberikan jantung dia untuk saya. Kalau tidak awak tak akan

dapat dengar suara saya ni lagi..”

“Jagalah diri baik-baik Piah.. bila awak nak keluar dari hospital?”

“InsyaAllah dua tiga hari lagi dah boleh balik. Nanti awak datang jumpa

saya

okey?”

“Piah saya tak boleh cakap lama ni.. bye!” Talian terputus di situ. Aku

tersenyum sendiri. Selama berada di hospital ramai juga kawan-kawan

sekampus

datang melawat. Cuma pak ngah sekeluarga saja yang tidak menunjukkan muka.

Marah benar pak ngah pada aku agaknya. Tapi.. aku teringatkan suara emak

yang muncul sewaktu aku sedang koma dahulu. Jika benarlah aku bukan Sepiah

Abdullah, kenapa nenek perlu merahsiakannya?

“Betul… Piah bukan cucu nenek. Piah anak kecil yang ayah Piah jumpa di

belakang kereta sewaktu di hospital. Nenek memikul wasiat arwah memelihara

Piah sampai dewasa..” akhirnya nenek bersuara juga. Setelah aku mengugut

tidak mahu kembali ke kampung jika apa yang pak ngah kata itu bohong.

“Tapi

Piah janji tak akan tinggalkan nenek dan atuk?” soal nenek. Aku angguk.

Siapa lagi yang aku ada di dunia ini selain dari mereka.

“Sekurang-kurangnya Piah berterima kasih pada nenek dan atuk, serta pak usu

kerana sudi memelihara Piah..”

Tubuh tua itu

kudakap erat.

 

MOTOR buruk atuk kupecut selaju mungkin. Aku tak boleh bersabar lagi. Sudah

dua hari aku di rumah tapi bayang dia pun tak muncul. Malah bunyi motor dia

yang brutal itupun tak kedengaran. Tepi simpang itu juga lengang, tiada

lagi

dia dan kawan-kawannya melepak seperti selalu. Sudah dilanggar garudakah

kampung ini? Dia juga sudah tak pandai mendail nombor telefon, agaknya tahu

aku dah balik sihat walafiat macam ni! Takkan aku nak telefon dia! Tak

kuasalah… buat malu jer.. tapi.. Tapi dia melampau sangat.. takkan nak

kasi tudung pun guna pos laju.. alamat pulak alamat rumah si Mail..

“Eh Mail!” Aku segera menghampiri bus stop di tepi jalan raya. Pemuda yang

sedang termenung menanti bas tiba itu menoleh.

Aikk… dah potong rambut? Apa jadi pada rambut

panjang

kesayangan dia dulu?

“Piah.. apa khabar?” soal Mail.

“Baik.. err.. awak nak kemana ni? Apa dah jadi pada rambut?” soalku sambil

tersengih. Boleh tahan juga Mail ni dah smart-smart macam ni.

“Saya dapat masuk askar la Piah.. ” jawab Mail.

“Ohh.. ehh awak yang hantar tudung guna pos laju ye?”

Mail senyum.

“Zul yang suruh, saya menunaikan hajat dia aje..”

“Kenapa dengan si Zul tu? Suka sangat buat benda pelik

dua tiga menjak ni.. Saya cari Zul ni.. awak tau tak

dia ke mana?” Mail

Cuma tunduk.

“Awak ni saya bertanya tau.. mana dia?”

“Dia dah tak ada kat kampung ni..” jawab Mail perlahan.

“Dia ke mana?” belum sempat aku menghabiskan ayat bas datang tiba-tiba.

“Okey la Piah.. saya pergi dulu,” Mail terus meninggalkanku dengan seribu

pertanyaan. Sampai hati Zul tak bagi tahu ke mana dia pergi.

Setidak-tidaknya janganlah tinggalkan aku dengan tanda tanya!

“Piah..” Aku menoleh.

“Ehh.. mak cik..” aku segera bersalaman dengan wanita itu.

“Mujur jumpa Piah di sini… mak cik nak jemput Piah ke rumah malam ni..

ada

kenduri arwah sikit.. lagipun ada sesuatu yang arwah tinggalkan sebelum dia

pergi..” Aku renung wajah bersih Mak Lijah.

“Piah tak faham ni mak cik, siapa yang meninggal?” soalku hairan.

“Piah tak tahu ke Zul dah tak ada?” Apa??? Aku rasa seolah tidak berpijak

di

bumi.

“Zul dah tak ada Piah.. dia meninggal sehari selepas masuk ke hospital..”

Aku rasa pandanganku kabur. Air mata tiba-tiba terjun laju dari birai mata.

 

“Piah tak percaya mak cik, masa di hospital setiap minggu dia akan telefon

Piah.. sumpah mak cik, Piah tak bohong..” Mak Lijah merentap lenganku dan

melangkah laju ke arah kanan jalan. Kami meredah denai yang dirintis orang

menuju ke sungai, satu-satunya jalan pintas menuju ke tanah perkuburan.

“Ini dia kubur arwah Piah.. ” Aku terpaku. Pusara yang masih merah itu

kuhampiri. Tulisan pada batu nesan itu kuamati. “Zulkifli bin Razali..

dilahirkan pada 7 Januari 1974 kembali ke rahmatullah pada 7 Januari

2002..”

 

“Arwah ada berpesan pada mak cik, dia mahu Piah belajar bersungguh-sungguh

kerana dalam kampung ni Cuma Piah dan dia saja yang berjaya ke universiti..

dia juga berpesan supaya Piah sentiasa ingat pada dia, jangan mudah kecewa

dan kena tabah.. dia nak Piah tabah macam dia.. dia begitu kuat melawan

kanser otak yang dia hidapi sejak 2 tahun yang lalu.. dia pernah berkata

dia

tak mahu kalah pada dugaan.. selagi jantung dalam dada Piah tu berdenyut,

selagi itulah Piah harus jadi macam dia.. dia yang dermakan jantungnya

sekiranya apa-apa terjadi pada Piah sewaktu kemalangan itu. “

Mak Lijah

mengesat airmata yang membasahi pipi.

“Tinggalkan Piah di sini mak cik..” pintaku perlahan. Kolam air mata

terasa

tumpah. Zul.. sampai hati awak tinggalkan saya macam ni.. saya sangat

perlukan awak sekarang.. saya memang perlukan awak! Nesan itu kupeluk sayu.

Patutlah awak beriya-iya benar menunaikan hajat awak yang terakhir.

Rupa-rupanya awak nak tinggalkan saya! Saya tak tahu selama ini awak

meminati saya… dan saya tak tahu motif awak melayan kawan-kawan saya

semata-mata kerana ingin merapati saya.

Sungguh saya tak tahu.. saya takut dikecewakan kerana awak seorang yang

amat

menarik. Mungkin personaliti awak membuatkan awak diminati. Tapi hari ini..

awak tinggalkan saya selama-lamanya! Suasana hening menghurung kawasan

perkuburan itu. Terima kasih kerana beri saya peluang untuk hidup. Patutlah

saya rasa awak sentiasa dekat di hati, sepanjang masa saya rasa awak di

mana-mana.. rupanya awak berada dalam diri saya.. awak adalah denyutan hati

saya! Tudung yang awak beri tu saya akan pakai.. bukan kerana awak tapi

kerana awak mengingatkan saya kewajipan sebagai seorang muslim.. Saya

berjanji Zul.. saya akan jadi macam awak. Saya silap kerana memandang

rendah

pada awak.. sebenarnya awak adalah semulia manusia… sebaik-baik lelaki

yang pernah saya jumpa. Yang pasti.. saya telah memberi cinta saya untuk

awak.. namun kita tak kesampaian membina mahligai bahagia bersama..

kehilangan awak ini adalah sesuatu yang pergi.. sesuatu yang saya dambakan

dari dulu… semoga awak aman di sana.. Al- Fatihah!

Leave a Reply