Nughull’s Weblog

Amalkan membaca “bismillah”

Posted by: nughull on: September 10, 2008

Menurut apa yang diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya,

dia bersama isterinya berjalan hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung.

Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka

menunggu hujan berhenti.Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul

1.0       tengah hari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan

kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian

menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok

Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yang meninggalkan anak dalam

keadaan begitu?


Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa

kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar

dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat

panjang, begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya

juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.


Menurut salah satu daripada budak-budak itu, rumah mereka telah runtuh
disebabkan oleh hujan yang amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya

di mana rumah. Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu.

Sudah sah lah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok
Dahaman.


Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk

memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri

tentang perihal rumah mereka yang telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok

Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin

dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia

dengan pandangan mata kasar.


Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening.

Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap

benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia
menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang

ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa

mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.


Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya

pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya

mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan

di tempat orang lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka

 lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan org ramai.


Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai

dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana orang

yang memasak tidak membaca Bismillah), syaitan-syaitan tersebut ada yang

meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga

yang muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan

riba manusia.


Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak

untuk makan. Orang ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok

Dahaman pada hari itu.


Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak

daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia

di rumah kenduri.


Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dengan bapa syaitan tersebut.
Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa
rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana

Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman,
syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan orang perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yang membawa anak mereka.


Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari

pinggan atau tangan orang. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di
jendela rumah.


Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin

sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman

mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan
berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi

kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin

tempat bersolek.


Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang

sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau
tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.


Sebelum makan, sebut lah nama Allah, atau sekurang-kurangnya bacalah

BISMILLAH.

MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN
SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH.

 

semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Wallahu a’lam

Leave a Reply