Nughull’s Weblog

Wudhu’ Zahir n Batin

Posted by: nughull on: January 7, 2009

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.Untuk munafaat kita bersama, Tolong sampaikan email ini kepada sahabat2. Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya 

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham  maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

 

 

Aa??Mandi songsang??

Posted by: nughull on: December 27, 2008

“Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.”

 

Apakah itu mandi songsang?

 

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

 

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

 

jadi, apa itu mandi songsang?

Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiridengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

 

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)

 

1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.

2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.

3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.

4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.

5) Melancarkan perjalanan darah.

6) Menjadikan pengamal semakin pintar.

7) Meninggikan daya ingatan.

‘8) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.

9) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.

10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.

11) Memiliki daya ketahanan mental.

12) Menambahkan semangat berani.

13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

 

p/s:dlm masa yg sama,kita dlm menghidupkan sunnah Nabi…:)

 

 

Wallahualam…

 

 

 

Tips to take care your gear box and car health

Posted by: nughull on: December 27, 2008

1) Kebiasaannya kereta AT ada enam “step” gear.Bermula dengan P , R , N , D , 2 , L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaanya tiga step di bawah N nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam,on suis dahulu (jgn hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala.Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah .Setiap step perlu berhenti 2 saat.Kemudian daripada paling bawah naik kan ke N, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin.Biarkan gear di N sahaja sehingga anda menggerakan kenderaan .Biarkan selama 5 minit,jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam keatas.Bergantung kepada suhu meter ,pastikan meter suhu naik 25 % sebelum memulakan perjalanan.Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan.Kebiasaanya pemandu akan menggunakan step D sahaja,manakala step-step lain jarang digunakan atau tak digunakan langsung.AWAS !!! Petua ini tidak sesuai dilakukan di kawasan berbukit,pastikan di tempat yang rata sahaja.

 

2) Minyak AT dan AT Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan(yang mana dulu).Ini amat penting dilakukan mengikut jadual.Sebenarnya kalau nak diikutkan AT filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AT.Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AT,kerana mekanik akan buka semua takung minyak AT (bergantung kpd model kenderaan)dan bersihkan sebersih-bersihnya.Elakan tukar minyak AT tanpa membuka takung minyak AT.Ini kerana hendak mengelak adanya bendasing atau air dalam takung minyak AT.Jika dibiarkan terlalu lama ianya boleh memudaratkan kotak gear.Pastikan minyak AT dan filter yang digunakan TULIN dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda.Elakan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangkamasa panjang (harga murah,tetapi selepas3-4 tahun lagi anda merana)

 

3) Pastikan kaki anda tidak menekan brek dan gear berada di kedudukan D semasa berhenti di lampu isyarat ,dimana-mana sahaja atau dalam kesesakan lalulintas yang teruk.Pastikan diletak di Nsahaja.Jangan di P ,ini kerana boleh menyebabkan anda lambat memulakan perjalanan dan boleh menyebabkan orang di belakang anda marah.Sebab itu step N dan D diletak berdekatan dan tak memerlukan anda menekan butang “lock” antara gear untuk bergerak (butang tepi batang gear bersama butang OD).Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear dan tekan brek, boleh menyebabkan “clutch plate” cepat habis atau terbakar.Jangan sangka kan kereta AT tiada “clutch plate”.Ianya ada berbelas belas keping (bergantung kpd model kenderaan).Satu rosak anda kena tukar kesemua “clutch plate”.Tiada penjualan sekeping-sekeping di kedai alatganti.Harganya amat mahal sekali (bergantung kepada model kenderaan).Tidak silap saya untuk model Wira pun RM 500++.

 

4) Sewaktu hendak memulakan perjalanan ,selepas anda berhenti dimana-mana sekalipun , mulakan dgn step 2 atau step ke dua selepas N.Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada D atau satu step dibawah N.Amalkan begini juga di dalam kesesakan lalulintas.Ini dapat menjimatkan minyak anda dan memberi lebih kuasa kepada kereta anda sewaktu hendak mula bergerak.Step 2 umpama anda bermula dengan gear 1 untuk kereta manual.Step D pula ibarat gear 2 atau 3 bagi kereta manual.Maknanya jika anda memulakan dengan 2 step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat” bukan nya dalam keadaan “terpaksa” jika bermula dengan step D.Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.

 

5) Elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir.Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin.Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AT anda bercampur dengan air.Ianya juga boleh menyebabkan “clutch plate” anda terbakar.Jika anda terpaksa juga melalui jalan yang banjir(maklumlah di lembah klang ni faham-faham sendiri lah) selepas itu pastikan anda berjumpa dengan mekanik anda untuk memastikan minyak AT tidak bercampur dengan air.

 

6) Elakan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh:Genting Highland).

 

7) Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit,sesuai dengan bacaan RPM kereta anda.Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step D.Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada dibawah step D,sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.

 

‘8) Elakan “reversed” kereta anda dalam keadaan laju,jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat.Gunakan gear “reversed” anda seminimum yang boleh.Penggunaan gear “reversed” yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.

 

9) Jangan guna “over drive” atau OD dalam pemanduan biasa.Gunakan semasa hendak memotong kenderaan di hadapan anda dalam keadaan perlu sahaja.

 

10) Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda.Mula kan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada “timing belt”.Inilah salah satu punca “timing belt” putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.

 

 

 

C) TAMBAHAN (AT / MT)

 

1) Untuk memastikan enjin kenderaan anda sekarang masih baik atau tidak.Hidupkan enjin kenderaan anda waktu pagi dan biarkan selama 10 minit,kemudian lihat di bahagian ekzos ada atau tidak air minitis keluar dari lubang ekzos. Boleh juga ambil sehelai kertas putih yang kosong letakan di muncung ekzos anda kemudian tengok ada tak percikan air di kertas tersebut. . Jika ada air menitis atau ada percikan air di kertas putih tadi maknanya enjin kenderaan anda masih dalam keadaan “sihat walafiat”.Jika tidak maknanya enjin kenderaan anda ada sedikit “keuzuran”.

 

2) Pastikan minyak enjin dan oil filter yang anda gunakan adalah minyak yang sama sepanjang masa dan pastikan ianya yang tulin.Banyak minyak enjin palsu di pasaran sekarang yang mana minyak enjin lama yang dikitar semula dan dipek seolah-olah minyak tulen.Hati-hati jika anda ditawarkan minyak enjin yang terlalu murah.Pastikan bacaan kelikatan minyak enjin anda adalah sama setiap kali anda menukar minyak enjin.Walaupun jenama sama tetapi bacaan kelikatan adalah berlainan.Istilah mekanik “minyak tebal dan minyak nipis”.Sila lihat di botol minyak enjin ada nombor seperti (contoh: 10W-40 ).Elakan menggunakan minyak enjin yang melebihi 10,000 km.Ini boleh membuatkan anda malas hendak periksa minyak enjin anda dan anda mungkin tidak menyedari minyak enjin anda sudah berkurangan atau kering.Jangan amalkan tambah minyak enjin yang terlalu kerap atau banyak.

 

3) Jangan sesekali bertukar minyak enjin daripada “fully synthetic” kepada “semi synthetic”.Ianya boleh merosakan enjin anda,tetapi boleh daripada “semi synthetic”.kepada “fully synthetic” tetapi bila dah gunakan “fully synthetic” jangan pulak kembali kepada “ semi synthetic”.

 

4) Sebelum mematikan kenderaan anda off kan semua suis,penghawa dingin,radio,lampu atau system audio lain.Selepas off semua suis biarkan 3-5 saat,kemudian baru matikan enjin.

 

5) Air hendaklah sentiasa diperiksa ,kerana air memainkan fungsi yang cukup penting dalam memastikan fungsi enjin berjalan dengan sempurna.Elakan menggunakan air paip kerana ianya boleh menyebabkan keladak dalam radiator.Gunakan air masak atau air yang telah disuling.Jika selama ini anda menggunakan air paip,saya cadangkan anda pergi servis radiator anda dan selepas itu gunakan air suling.Jika anda bertanya kepada mekanik mereka akan jawab tiada masalah guna air paip,kerana mereka hendak kereta kita rosak dan mereka ada bisnes.(bukan semua mekanik begitu,siapa yang saya maksudkan anda faham-faham sendiri lah)

 

6) Semasa parkir (parking) kenderaan anda pastikan tayar dan stereng kenderaan anda dalam keadaan lurus.Jangan sesekali parkir dalam keadaan tayar ke kanan atau kiri.Ini boleh menyebabkan “drive shaft” anda cepat rosak.

 

7) Penjagaan penghawa dingin.Anda boleh on “power” semaksimum yang mungkin (contoh 1,2,3,4) tetapi jangan on temperature semaksimum nya. Temperature hanya boleh digunakan sehingga 80 % sahaja.Pastikan suis penghawa dingin ditutup semasa hendak memati atau menghidupkan kenderaan.

 

‘8) Sewaktu hendak menutup “hood” depan atau “bonet” kereta anda pastikan tangan anda dalam keadaan “center” sewaktu menekannya.Jangan sesekali berat ke kanan atau ke kiri.Ini boleh menyebabkan “hood & bonet” anda menjadi tidak sama atau bengkok.

 

9) Sediakan sebuah buku kecil dalam kereta anda untuk anda merekodkan sebarang pertukaran alat ganti yang lepas dan akan datang atau rekod penyelengaraan kereta anda.Pastikan mekanik anda adalah mekanik yang mahir dalam penyelengraan model kenderaan tesebut.Amalkan guna mekanik yang sama sahaja kerana dia tahu dan mahir mengendalikan kereta anda dan dia tahu penyakit kereta anda yang lepas-lepas.Lebih tepat lagi dipanggil istilah “satu tangan pomen sahaja ”.Gunakan minyak petrol yang sama sahaja,jangan terlalu kerap menukar jenama Petrol

 

10) Yang paling afdal adalah catit di satu kertas kecil dan tampal di cermin depan atas bahagian dlm kereta anda” Bismilahirahmanirahim ,selawat 3 kali ,ya ALLAH ya tuhanku selamatkan dan lindungilah diriku,penumpang dan kenderaan ku ini daripada segala kecelakaan ,bala bencana,mala petaka,kerosakan dan perkara-perkara yang tidak diingini.Amin rabil alamin”

 

 

 

Aku redha..

Posted by: nughull on: December 20, 2008

Aku meminta kepada tuhan setangkai bunga segar,

Ia beri kaktus berduri..

Aku meminta kupu-kupu, Ia beri ulat berbulu..aku sedih dan kecewa..

Namun, kaktus tu berbunga indah sekali..

ulat tu pun jadi kupu-kupu yg cantik..

itulah jalan TUHAN..indah pd masaNya..

TUHAN x berikan apa yg kita harapkan,

tapi..DIA beri apa yg kita perlukan..

kdg2 kita sedih, kecewa,terluka..

tapi..jauh di atas, DIA telah mengatur yg terbaik dlm kehidupan kita..

Mcm kata2 ni:

Sekali kaki melangkah..sesekali jgn undur..

Biar masa berganti..tp jgn aqidah mati..

Biar zaman berubah..tp keyakinan kpd allah..

Jgn sesekali goyah..

 

aku redha…

 

Ada hikmah nya kenapa kita x dapat apa yg kita inginkan..

 

 

Kenapa merajuk?

Posted by: nughull on: December 10, 2008

Kenapa merajuk?

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak

mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya,atau tidak menunaikan permintaannya.

Siapa yang kena penyakit merajuk?


Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.

Punca merajuk


Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai ‘tuan’, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan. Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah?


Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Bagaimana mengubati sikap merajuk?


Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak. Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang “menyakiti hati” kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita. Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku.
Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku. Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.
Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula…

20 sebab wanita benci pada lelaki…

Posted by: nughull on: November 14, 2008

Uikk..hehe…ni dpt ade org anta..ade btulnye kot ;p

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MENGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

 

Ape maksud kawan..

Posted by: nughull on: November 11, 2008

 falsafah-kawan

Ape tuu kawan ehh..bg aku la..kalo ikot definisi “kwn” 2..org yg kite knal x kira la baru ke lama ke..

org ckp kalo nk tau btul2 kwn ke x, tgk msa kite sush xpun saket, tul ke..aku rsa pun camtu..dr ctu la br kite tau dpa 2 btul2 x kwn kite..mmg la, kdg2 sush nk jmpe kwn yg btul2 bleh d buat kwn..

hmm,bg aku la kn..kwn 2 ckup la skadar leh b’kongsi rsa, leh share ape2 prob aku ke, yg leh d ajk sembang n p teman g mna2 ke,xpun mmg kite rsa slesa kwn dgn die,x crewet n x sll saketkn ati kite lbih2..lbih kurng gtu lah ;p yela mnusia ni mna ade yg perfect kn..so,kwn yg sekadar t’mmpu 2 kira ok dh lar..hehe..

kat ats ni ade artikel aku dpt dr mmbr..click la..mcm2 la dpa ni mereka2 ayt ;>

Lassttt…

Posted by: nughull on: October 30, 2008

Sedihnye…

Arini last aku update or coret kat folder nih..xde ape nk d coret kn dh lpas nih utk die..

sgala rsa yg aku ade, aku dh smpn,buang jauh2 dlm ati..

mcm izwan pilus nyanyi:

                     dan…ilang…cerita indah dlm tidurku..

                     nyata lah dia hnya dlm mmpiku,

                     x bisa aku memilih cnta ati,

                     nyatalah dia hnya kekasih pelukku..

                     smpai d sni kisah..aku dgn nya…

aku x kn tggu lg dh kott..sbb aku nk mulakan episod br lps nih..

kngn2 yg skejap dgn die tuh..smua aku smpn je laa……

bErHeNtI BeRhArAp

Posted by: nughull on: October 14, 2008

 

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada
 
 

 

 

Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri
Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan ku tunggu dirimu

Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah diriku dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi
 
 

 

Doa Ramadhan

Posted by: nughull on: September 17, 2008

Hari Pertama

“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.”

 

Hari Kedua

“Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih”

 

Hari Ketiga

“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

 

Hari Keempat

“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk
melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran
dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan
perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

 

Hari Kelima

“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang
sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu
yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’
(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha
pengasih daripada segala pengasih.”

 

 

Hari Keenam

“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan
maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan
balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh
mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan
Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

 

Hari Ketujuh

“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

 

Hari Kelapan

“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”

 

Hari Kesembilan

“Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.”

 

Hari Kesepuluh

“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”

 

Hari Kesebelas

“Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”

 

Hari Kedua Belas

“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”

 

Hari Ketiga Belas

“Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.”

 

 

 

Hari Keempat Belas

“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”

 

Hari Kelima Belas

“Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.”

 

Hari Keenam Belas

“Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”

 

Hari Ketujuh Belas

“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”

 

Hari Kelapan Belas

“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”

 

Hari Kesembilan Belas

“Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”

 

Hari Kedua Puluh

“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”

 

Hari Kedua Puluh Satu

“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

 

Hari Kedua Puluh Dua

“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”

 

Hari Kedua Puluh Tiga

“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”

 

Hari Kedua Puluh Empat

“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”

 

Hari Kedua Puluh Lima

“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”

 

Hari Kedua Puluh Enam

“Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”

 

Hari Kedua Puluh Tujuh

“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”

 

Hari Kedua Puluh Lapan

“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”

 

Hari Kedua Puluh Sembilan

“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”

 

Hari Ketiga Puluh

“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”